PERLEMBAGAAN

 

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MELAKA

 

KANDUNGAN

 

FASAL 1 .. NAMA

FASAL 2 .. TEMPAT URUSAN

FASAL 3 .. BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

FASAL 4 .. TUJUAN/MATLAMAT

FASAL 5 .. KEAHLIAN

FASAL 6 .. BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

FASAL 7 .. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 8 .. MESYUARAT AGUNG

FASAL 9 .. JAWATANKUASA

FASAL 10 .. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

FASAL 11.. KEWANGAN

FASAL 12 .. PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

FASAL 13 .. PENGAMANAH

FASAL 14 .. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 15 .. PENASIHAT/PENAUNG

FASAL 16 .. LARANGAN

FASAL 17 .. PINDAAN UNDANG-UDANG

FASAL 18 .. PEMBUBARAN

 

 

UNDANG-UNDANG BAGI

 

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MELAKA

 

FASAL 1 : NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik "

Selepas ini disebut " Pertubuhan"

 

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah Jabatan Pendidikan Melaka, Bukit Beruang, 75902 Melaka atau ditempat lain yang akan ditetapkan dari masa kesemasa oleh ahli jawatan kuasa ; dan alamat untuk surat menyurat .

 

Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka, Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Melaka. Bukit Beruang, 75902 melaka.

(u.p. Setiausaha Persatuan Pendidikan Sains Matematik Melaka.)

 

FASAL 3 : LAMBANG DAN LENCANA.

 

FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT

 

Tujuan-tujuan Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka ialah untuk :

i) membantu kearah pendidikan sains dan matematik.

ii) menimbulkan minat dalam hal-hal pendidikan, ikhtisas, sosial dan kebudayaan di kalangan ahli.

iii) memberi peluang kepada guru-guru sains dan matematik untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan dengan hal-hal pendidikan.

iv) menjadi penghubung antara individu atau badan-badan yang berminat terhadap sains dan matamatik.

 

FASAL 5 KEAHLIAN

1. JENIS KEAHLIAN

a) AHLI PERSEORANGAN.

 

a. (i) AHLI BIASA :

Terbuka kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang mengajar maktab, sc/m3 di sekolah, institut pengajian tertinggi.

Kerajaan/swasta, pegawai perkhidmatan pendidikan sc/m3 yang dipinjamkan kepada badan-badan berkanun atau pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Sumber Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri di Melaka.

 

ii) AHLI BERGABUNG :

 

Ahli bergabung kepada individu (selain daripada yang tersebut dalam perenggan 5 (i ) (a) yang berminat dalam bidang pendidikan sc/m3.

 

iii) AHLI SEUMUR HIDUP :

 

Terbuka kepada ahli-ahli persaorang ppsmm.

 

b. AHLI INSTITUSI :

 

Ahli institusi terbuka kepada semua sekolah, maktab dan institiusi pendidikan bantuan kerajaan di Melaka.

(semua Sekolah Rendah dan Menengah bantuan penuh kerajaan di Melaka wajib menjadi ahli institiusi.)

 

c. AHLI KEHORMAT :

 

Ahli kehormat di anugerahkan kepada individu yang memberi perkhidmatan cermelang dalam bidang pendidikan sc/m3. Penganugerahan ini di adakan pada mesyuarat agung atas sokongan jawatankuasa tertinggi.

 

2. Semua ahli perseorangan kecuali ahli seumur hidup, yang menamatkan perkhidmatannya dengan sendirinya akan terlucutlah keahliannya .

 

3. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan di hantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk di luluskan . Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya monolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

 

4. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah di luluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang di tetapkan di terima menjadi ahli persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli .

 

5. KEMUDAHAN2 AHLI

 

i.) Ahli-ahli biasa berhak menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh PPSMM.

ii.) Ahli-ahli bergabung, kehormat dan institiut akan menikmati semua kemudahan-kemudahan PPSMM melainkan hak:-

a) memegang jawatan dalam jawatankuasa kerja tertinggi;

b) mencadang dan meminda sesuatu usul; dan

c) Mencalonkan dan menyokong calon untuk jawatan dalam mesyuarat agung.

iii.) Semua ahli akan diberi satu salinan peraturan-peraturan persatuan ini.

iv.) Seorang ahli yang digantung atau yang diminta memberi sebab-sebab mengapa dia tidak harus dipecat oleh jawatan-kuasa kerja tertinggi mengikut peraturan 16 (viii), boleh menghantar keterangan bertulis dalam tempoh 14 hari selepas tuntutan dibuat.

v.) Seorang ahli berhak merayu terhadap pemecatannya oleh jawatankuasa kerja tertinggi pada Mesyuarat Agung yang akan datang.

vi.) Sesuatu pertubuhan guru Sains dan Matematik atau guru pelatih Sains dan Matematik dalam Malaysia dengan tujuan yang sama dengan tujuan PPSMM boleh digabungkan kepada PPSMM mengikut dasar yang berikut :-

a) ahli biasa dan ahli gabungan pertubuhan dan PPSMM boleh menghadiri dan menyertai semua seminar, kursus dan mesyuarat yang berunsur ikhtisas yang dikelolakan oleh PPSMM dan pertubuhan gabungan secara tukar menukar tetapi setiap pihak daripada satu pertubuhan tidak boleh menyertai mesyuarat urusan pertubuhan lain.

 

FASAL 6 : BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

 

1) YURAN TAHUNAN :

 

A) AHLI BIASA : RM 4.00 /TAHUN. * }

B) GABUNGAN : RM 3.00/TAHUN * }

C) SEUMUR HIDUP : RM 40.00 SEKALI

D) SEK. REND. GRED B (UNDUR : RM 5.00/TAHUN

ENNOLL

E) SEK REND GRED 13 : RM 10.00/TAHUN

F) SEK REND GRED A : RM 15.00/TAHUN

G) SEK MEN GRED B : RM 20.00/TAHUN

H) SEK MEN GRED A : RM 25.00/TAHUN

F) MRSM : RM 25.00/TAHUN

G) MAKTAB : RM 30.00 /TAHUN

 

2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh sebelum 30 Jun setiap tahun.

 

3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah haknya sebagai ahli.

 

4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

 

5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran tahun semula bagi sesesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut di sebabkan hutang.

 

6) Seorang ahli yang bercuti panjang untuk tempoh melebihi satu tahun boleh memohon secara bertulis kepada setiausaha kehormat untuk dikecualikan dari membayar yuran tahunan tahun tersebut. Kelulusan permohonan ini tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Kerja Tertinggi.

 

7) Yuran khas atau kutipan daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh di pungut dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Tertinggi. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang di tetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

 

 

FASAL 7. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

 

1) Ahli yang berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada setiausaha dan menjelaskan semua hutangnya.

 

2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahlianya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah di beri peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 

3.

ii) Seseorang yang telah tamat keahliannya tidak berhak terhadap kepada tuntutan, hakmilik dan tabung PPSMM.

 

4.

iii) Sesaorang bekas ahli PPSMM yang berhak menjadi ahli PPSMM semula akan ditimbangkan seorang ahli baru.

 

FASAL 8 MESYUARAT AGUNG

 

1) Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

 

2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditanggungkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari ) yang ditetapkan oleh jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

 

3) Mesyuarat Agung tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah :

A) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu .

B) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.

C) memilih ahli-ahli jawatankuasa dan Pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan

D) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

 

UNDANG-UNDANG ASAL :

 

i) Sekurang-kurangnya sebulan penuh sebelum sampai tarikh Mesyuarat Agung, Setiausaha Kehormat dikehendaki memberitahu semua ahli dengan surat mengenai tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk mesyuarat agung ini dan menjemput ahli-ahli memberi usul (termasuk cadangan pindaan) dan satu senarai calon untuk pilihan ahli-ahli untuk Jawatankuasa Tertinggi (yang dicalonkan, disokong dan dipersetujui oleh calon-calon yang berkenaan) untuk membincangkan pada mesyuarat agung.

 

ii) Semua usul dan borang pencalonan dikehendaki sampai kepada Setiausaha Kehormat dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh mesyuarat agung.

 

iii) Sekurang-kurang 7 hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan, Setiausaha Kehormat dikehendaki menyampaikan kepada semua ahli agenda mesyuarat am tahunan, laporan jawatankuasa kerja tertinggi dan penyata kira-kira setelah di odit.

Iv) koram untuk mesyuarat agung ialah separuh daripada jumlah ahli-ahli biasa dan institiut atau ahli-ahli biasa dan institiut yang hadir itu hendaklah berjumlah dua kali ganda jumlah jawatankuasa kerja tertinggi, mengikut mana yang lebih kurang.

 

5.) Mesyuarat agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a) bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau

b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya, permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha pertubuhan.

 

6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

 

7) pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

 

8) fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

 

9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

 

FASAL 9 JAWATANKUASA

 

9 I PEMILIHAN JAWATANKUASA

 

(a) Jawatankuasa tertinggi akan dipilih pada Mesyuarat Agung kecuali jawatan yang dipertua. Yang dipertua secara otomatis ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Melaka. Manakala Setiausaha adalah Penyelia Sains dan Matematik Jabatan Pendidikan Melaka.

 

(b) Satu ahli jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan ahli jawatan kuasa persatuan hendaklah dipilih di dalam mesyuarat agung dwi tahunan.

 

SEORANG NAIB YANG DI PERTUA

SEORANG SETIAUSAHA KEHORMAT

SEORANG PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

SEORANG BENDAHARI KEHORMAT

LIMA ORANG AHLI JAWATANKUASA BIASA.

 

1.

c. Tiga orang ahli jawatankuasa dilantik oleh jawatankuasa kerja tertinggi terdiri daripada seorang ahli bagi setiap daerah iaitu MT, J dan AG.

 

d. Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam pertubuhan ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.

 

e. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

 

f. Borang pencalonan akan diedarkan kepada ahli persaorang oleh setiausaha 4 minggu sebelum mesyuarat agung diadakan, dan hendaklah dikembalikan kepada jawatankuasa kerja tertinggi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mesyuarat agung.

 

g. Sekiranya pencalonan tidak diterima untuk sesuatu jawatan, maka pemilihan dibuat semasa mesyuarat agung.

 

h. Semua pencalonan akan diundi semasa mesyuarat agung. Pengundian dibuat secara terbuka dan yang mendapat undi terbanyak akan terpilih

 

AHLI-AHLI TIDAK BOLEH MENGUNDI MELALUI WAKIL.

 

9 ll TANGGUNG JAWAB JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI

 

4a. Fungsi jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung, jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.

 

5b. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

 

6c. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempernakan sebelum keputusan jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.

A) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa.

B) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu, dan

C) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

 

7. Ahli jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam jawatankuasa.

 

8. Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu, jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan.

 

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan pertubuhan.

 

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatkuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.

 

G. II. Tujuh orang ahli jawatankuasa akan menjadi satu koram. Sekiranya korum tidak mencukupi,mesyuarat lain akan diadakan dalam tempoh 7 hari. Korem tidak diperlukan untuk mesyuarat ini untuk membincangkan agenda yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan.

 

III. Seseorang ahli jawatankuasa kerja tertinggi yang tidak hadir pada 3 kali mesyuarat berturut-turut dan sekiranya jawatankuasa tertinggi tidak puas hati dengan keterangannya ia akan menamatkan ahli jawatankuasa itu sebagai ahli jawatankuasa.

 

H.

ii. Menerima penyata kira-kira dan laporan daripada jawatankuasa-jawatankuasa kecil.

I. iii. Menganjurkan dan menyelesaikan pilihan jawatankuasa yang akan mengambil alih jawatannya.

 

J.iv) Menimbang dan mengesahkan, sekiranya ia dikehendaki, semua permohonan untuk keahlian mengikut peraturan 5 (II).

 

K.vi) Melantik sesaorang ahli/persaorangan memenuhi jawatan kosong yang mungkin timbul pada tempoh jawatan jawatankuasa kerja tertinggi ini.

 

L vii) Melantik dan membubar jawatankuasa kecil. Yang dipertua dan setiausaha kehormat jawatankuasa tertinggi boleh menjadi ahli-ahli ex-officio dalam jawatankuasa-jawatankuasa kecil

 

M viii. Jika sesaorang ahli tidak mematuhi perlembagaan PPSM. Meminta keterangan bertulis daripada seorang ahli atau ahli tesebut diminta memberi keterangan bertulis. Jawatankuasa tertinggi berhak menggantung keahliannya dan memecat jika keterangannya tidak memuaskan menggantungkan sekiranya ahli-ahli tersebut melanggar dan memecat ahli tersebut sekiranya keterangan tidak memuaskan.

 

N. Perkara yang tidak dinyatakan didalam perlembagaan, keputusan jawatankuasa tertinggi adalah muktamad.

 

FASAL 10 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

 

I YANG DIPERTUA

 

a. Yang dipertua, dalam tempoh menyandang jawatanya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

 

b. Mewakili PPSMM dalam perhubungan dengan individu-individu dan badan-badan luar. Dan

 

c. Menandatangani semua bil yang diluluskan oleh jawatankuasa kerja tertinggi.

 

FASAL 10 : KEWAJIPAN - KEWAJIPAN PEGAWAI

 

5. BENDAHARI KEHORMAT

 

a. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketetapannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan yang dipertua dan setiausaha.

 

b. Mengeluarkan semua resit-resit untuk semua wang yang diterima bagi pihak PPSMM.

 

d. Membayar semua hutang yang dibenarkan oleh ppsmm dan melaporkan semua hutang yang tidak dibenarkan kepada jawatankuasa kerja tertinggi.

e. Menyampaikan satu penyata kira-kira pada setiap mesyuarat jawatankuasa kerja tertinggi.

 

f. Menyediakan dan membentangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira yang telah diodit pada mesyuarat agung.

 

g. Berhak memeriksa kira-kira jawatan kuasa kecil.

 

i. Menerima semua pembayaran yang dikutip oleh jawatankuasa kecil.

 

j. Membayar kepada jawatankuasa kecil sekiranya diperlukan dari masa kesemasa. Jumlah pembayaran ini tidak boleh melebihi kutipan daripada jawatan-kuasa kecil yang berkenaan. Pembayaran yang melebihi kutipan daripada jawatankuasa kecil yang berkenaan hendaklah dipersetujui oleh jawatan-kuasa kerja tertinggi.

 

4. Pemimpin jawatankuasa kecil

 

A.) Memanggil mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecil untuk matlamat-matlamat yang berkenaan.

B.) Menyimpan semua rekod (termasuk rekod kewangan) jawatankuasa kecil dan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan.

C.) Menguruskan semua perhubungan surat-surat bagi pihak jawatankuasa kecilnya dan memberitahu setiausaha kehormat mengenai semua perhubungan tersebut.

D.) Mengutip semua pembayaran untuk jawatankuasa kecilnya dan menyampaikan kepada bendahari kehormat PPSM.

E.) Membayar semua hutang yang dibenarkan untuk jawatankuasa kecilnya.

F.) Mengeluarkan wang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti jawatankuasa kecilnya daripada bendahari kehormat mengikut syarat-syarat yang dicatatkan dalam 19(v) (j ) peraturan ini.

 

 

FASAL 11 - KEWANGAN

 

1. Tertaktuk kepada peruntukan- peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

 

 

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada rm 100.00 (diikuti dalam perkataan) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama pertubuhan.

 

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh yang dipertua, setiausaha dan bendahari, semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan.

 

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (diikuti dalam perkataan) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM nolimit(diikuti dalam perkataan ) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (diikuti dalam perkataan) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahara.

 

Tambah RM 10,000

Tambah RM no. Limit

Tambah RM 1,000

 

5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah di bawah fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan pertubuhan.

 

6. Tahun kewangan pertubuhan ini bermula dari 1 hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun.

 

7.i) Tahun kewangan akan diambil dari 1 hb. Januari sehingga 31hb Disember setiap tahun.

 

V) Pembayaran tahunan keahlian akan dibayar terus kepada bendahari kehormat.

vi) Jawatankuasa kerja tertinggi akan diberi kuasa menerima derma/sumbangan dan yuran tahunan samada untuk tabung am ppsmm atau membayar perbelanjaan yang berkaitan dengan PPSMM.

 

FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

 

1) Dua orang yang bukannya daripada ahli jawatankuasa boleh dilantik didalam mesyuarat agung tahunan sebagai pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

 

2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh yang dipertua mengaudit kira-kira pertubuhan bagi mana-mana mas di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.

 

FASAL 13 PENGAMAH

 

1) Tiga orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan. Semua harta tetap keupayaan pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu surat amanah (deed of trust.)

 

2) pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung pertubuhan.

 

3) Seseorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi sesaorang pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.

 

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

 

1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

 

2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung

 

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG

 

I) pengarah pendidikan negeri melaka dengan sendirinya dilantik menjadi penaung persatuan ini.

Ii) penolong pengarah/m3 negeri dan semua pegawai khas sc/m3 daerah sendirinya menjadi ahli ex-officio persatuan ini.

 

FASAL 16 : LARANGAN.

 

1. Semua permainan yang berbentuk judi dilarang didalam rumah persatuan seperti ……….. Dan lain-lain. (rujuk m.s 9 (1 ) (buku undang-undang )

1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah pertubuhan: roulette, lotto, fan tan, poh, peh bin, belangkai, pai kau, tau ngau, tien kow, chap ji kee, sam cheong, dua puluh satu, tiga puluh satu, sepuluh dan setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

 

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti difinasi di dalam akta kesatuan sekerja, 1959;

 

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

 

4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 akta pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

 

5 i) Tabung PPSMM tidak boleh digunakan untuk menjelaskan denda ahli-ahli PPSMM yang telah dihukum di makamah.

 

Iii) PPSMM tidak akan menyertai aktiviti politik mana-mana parti politik pun. PPSMM tidak akan membenarkan tabungnya atau perkarangan digunakan untuk tujuan-tujuan politik.

 

iv) PPSMM tidak akan membuat gabungan dengan mana-mana persatuan yang ditubuhkan luar daripada Malaysia.

 

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG

 

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada pendaftar pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh pendaftar pertubuhan.

 

ii) Ahli-ahli persaorang boleh mencadangkan pindaan kepada peraturan ppsmm, pindaan ini yang menetapkan perkataan-perkataan tepat pada tukaran atau tambahan harus disampaikan dalam surat kepada setiausaha kehormat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat agung yang berkenaan diadakan.

 

iii) Semua pindaan yang dicadangkan akan diedarkan kepada semua ahli 7 hari sebelum mesyuarat agung dijalankan.

 

iv) Pindaan terhadap perlembagaan PPSMM akan dilaksanakan hanya sekiranya dua pertiga jumlah ahli persaorangan yang hadir pada mesyuarat agung itu meluluskannya. Pindaan ini tidak dikuatkuasakan sebelum mendapat pengesahan pendaftar pertubuhan

 

FASAL18 PEMBUBARAN

1.) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sekarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

 

2.) Sekiranya pertubuhan hendaklah dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

 

3.) Kenyataan bersabit, pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada pendaftar pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

 

 

TAMAT