Pada mulanya persatuan ini telah dikenali dengan nama Persatuan Pendidikan Sains dan Hisab Melaka. Penubuhannya telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Melaka Encik Ong Poh Kee di Dewan Sekolah Menengah Anglo Chinese School, Melaka pada 18hb. Julai, 1974. Penubuhan ini telah sah diperakukan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 4 haribulan Oktober, 1974.
Sebenarnya, persatuan ini ditubuhkan ekoran daripada satu seminar di Pulau Pinang pada awal tahun 1974, anjuran Kementerian Pelajaran. Di seminar itu, tiap-tiap negeri digalak untuk menubuhkan persatuan pendidikan masing-masing.
Di antara objektif-objektif asal menubuhkan persatuan ini ketika itu adalah untuk:
(i) memupuk kemajuan pendidikan sains dan matematik;
(ii) menimbulkan kecenderungan dalam hal-hal pendidikan iktisas, sosial dan kebudayaan di kalangan ahli-ahli;
(iii) memberi satu saluran berkuasa kepada guru-guru sains dan matematik untuk menyuarakan pendapat berkaitan dengan hal-hal pendidikan;
(iv) mengadakan satu alat perhubungan di antara orang perseorangan dan badan-badan yang berminat terhadap Sains dan Hisab.
Ahli-ahli jawatankuasa terpilih untuk menganggotai persatuan ini adalah:
Penaung Encik Ong Poh Kee
Penasihat Encik Cheam Aik Seong
Pengerusi Encik Abd. Aziz bin Tan Sri Abd. Hamid Khan
Naib Pengerusi Encik Abdullah bin Mohamad
Setiausaha Ykh. Encik Abdullah bin Md. Yatim
Pen. Setiausaha Encik A. Govindaraju
Bendahari Encik Foong Ah Yoong
Jawatankuasa
1. Encik Wang Seng Wee
2. Encik K.S. Balakrishnan
3. Encik Abd. Aziz Dato Tamby Chik
4. Encik Mohd. Kamal bin Abd. Samad
5. Encik Martin Wee Chye Ghee
6. Encik Ibrahim Yaakub
7. Puan Soon Seng Chiok
8. Encik Khoo Geok Guan
Bilangan ahli pada mula-mulanya adalah lebih kurang 138 tetapi selepas sepuluh tahun kemudian (1984), bilangan ahli sudah meningkat ke 300.
Persatuan ini telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti. Di antara yang lebih dikenal adalah penyertaan persatuan di dalam pameran Expo Pendidikan dalam tahun 1976, 1978 dan 1980 menganjurkan pertandingan kuiz antara sekolah-sekolah rendah dan juga sekolah-sekolah menengah, bengkel mengkaji sukatan Cambridge dibandingkan dengan Sukatan Pelajaran Malaysia, bengkel K.B.S.R., pameran alat-alat sains, lawatan ke tempat-tempat Sains dan Pendidikan di Singapura dan ceramah-ceramah.
Setakat ini, persatuan ini sudah mengeluarkan beberapa 'newsletter' dan majalah sekurang-kurangnya empat kali.
Persatuan ini juga bergabung dengan Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik, peringkat kebangsaan. Sebagai tanda penghargaan, persatuan peringkat kebangsaan telah menyumbangkan $5,000 kepada Persatuan ini untuk melaksanakan berjenis-jenis aktiviti pada tahun 1982.
Sejak 1984 persatuan ini telah mempunyai tiga orang Yang Di Pertua ialtu Encik Aziz bin Hamid Khan, kemudian diikuti oleh Encik Lajis bin Achil, kedua-duanya adalah Timbalan Pengarah Pelajaran buat seketika waktu. Pada tahun 1984 Encik Sa'ari bin Hasan menjadi Yang Di Pertua persatuan ini dan juga adalah Timbalan Pengarah Pelajaran I.
Ramai antara ahli jawatankuasa yang sudah lama berkhidmat dengan persatuan ini dan masih bertugas termasuk Encik Abd. Aziz bin Dato Tamby Chik, Encik Nadarajah, Encik Choong Choe Hin, Encik Martin Wee, Encik Yong Yang Chow, Encik Jaafar Jantan dan Encik Chua Bong Sing. Bersama-sama dengan ahli jawatankuasa lain persatuan ini dapat mencapai tahap yang membanggakan.
Nama persatuan ini telah ditukar kepada Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka (P.P.S.M.M.) dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 8hb. Februari, 1983.
Kami berharap Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka akan memainkan peranan yang lebih luas dan berfaedah sejajar dengan kemajuan Sains yang semakin lama semakin pesat.